Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum. Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.

Panduan Login ke VLE

 

 

Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)


TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan berkaitan tadbir urus Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment – VLE) supaya pelaksanaannya dapat dijalankan dengan berkesan.

PENDAHULUAN

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 telah menggariskan bahawa ICT berpotensi besar untuk memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran. Antara inisiatif utama dalam Anjakan 7 adalah meningkatkan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment – VLE) ke semua sekolah-sekolah Malaysia melalui projek 1BestariNet.

Ini adalah selaras dengan Dasar Pembestarian Sekolah (iaitu perluasan konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah) sebagai wadah untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21 dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya di samping meningkatkan kompetensi pihak berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan ICT dalam pendidikan dengan cekap dan berkesan serta merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar.

LATAR BELAKANG

1BestariNet

 1BestariNet, iaitu satu projek yang menyediakan perkhidmatan rangkaian Internet di seluruh kawasan sekolah bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan dan pentadbiran (PdT) ke semua sekolah KPM secara maya, merupakan satu usaha penambahbaikan kepada projek SchoolNet, yang dimulakan pada 13 Disember 2011 di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme): National Key Economy Area Communications, Content and Infrastructure Entry Point Project 6 (NKEA CCI EPP6). Dalam NKEA CCI EPP 6, e-Pembelajaran (e-Learning) ialah komponen utama sebagai persediaan kepada bekalan tenaga kerja masa hadapan negara bagi merealisasikan ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge based economy).

Perkhidmatan rangkaian Internet ini bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya.

Secara keseluruhannya, projek 1BestariNet dilaksanakan bagi mencapai matlamat berikut:

vle2x

Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment – VLE)

Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment – VLE) merupakan satu platform yang berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. VLE juga ialah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi daripada seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat.

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Guru-guru boleh merancang proses PdP, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara maya manakala murid boleh menghantar tugasan, berinteraksi, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan sebaya dan guru. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi secara real-time dengan guru-guru dan pihak sekolah untuk memantau perkembangan pembelajaran anak-anak. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa menggunakan teknologi awan.

IMPAK DAN KEBERHASILAN

Antara impak dan keberhasilan yang boleh didapati daripada projek 1BestariNet adalah seperti berikut:

  • Perubahan dan anjakan ke arah memenuhi keperluan pendidikan dan keberhasilan modal insan masa kini dan masa hadapan
  • Menjadikan ICT sebahagian daripada amalan dan budaya dalam kehidupan masyarakat berasaskan pengetahuan

PETUNJUK PRESTASI

Petunjuk prestasi ialah alat pengukuran yang digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi. Petunjuk prestasi yang boleh digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi pelaksanaan VLE adalah seperti berikut:

  1. Bilangan penggunaan
  2. Bilangan laman pembelajaran

TERMA RUJUKAN VLE

Komponen VLE merupakan salah satu strategi pelaksanaan Dasar Pembestarian Sekolah (sila rujuk Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi 3, 2012) seperti berikut:

Menambah baik pengurusan pembelajaran yang berkesan melalui persekitaran pembelajaran maya

STRUKTUR JAWATANKUASA

Justeru, peranan dan fungsi Jawatankuasa Pembestarian Sekolah diguna pakai bagi terma rujukan berkaitan pelaksanaan VLE.

Struktur Jawatankuasa Pembestarian Sekolah terbahagi kepada lima tahap seperti berikut:

vle3x

 

Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari

Pengerusi Bersama

:

:

Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Setiausaha

:

Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan

Ahli Jawatankuasa

:

  1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  2. Timbalan KSU
  3. Timbalan-Timbalan KPPM
  4. Pengarah-Pengarah Bahagian KPM
  5. Penasihat Undang-Undang KPM
  6. Kementerian Kewangan Malaysia
  7. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  8. MAMPU
  9. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
  10. Lain-lain agensi yang sesuai mengikut keperluan

Peranan dan Fungsi

:

Menentukan hala tuju dasar pembestarian sekolah

Kekerapan Mesyuarat

:

2 kali setahun


Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi

:

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan

Setiausaha

:

Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan

Ahli Jawatankuasa

:

  1. Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian KPM

Catatan:

Keahlian mengikut kesesuaian

Peranan dan Fungsi

:

Menyelaras program dan aktiviti pembestarian sekolah di peringkat KPM

Kekerapan Mesyuarat

:

minimum 4 kali setahun


Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri

Pengerusi

:

Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Setiausaha

:

Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)

Ahli Jawatankuasa

:

  1. Ketua-ketua Sektor
  2. Semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
  3. Ketua Nazir Negeri
  4. Pengarah-pengarah IPG
  5. Ketua Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah

Catatan:

Keahlian mengikut kesesuaian

Peranan dan Fungsi

:

Menyelaras program dan aktiviti pembestarian sekolah di peringkat negeri

Kekerapan Mesyuarat

:

minimum 4 kali setahun


Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Peringkat Daerah

Pengerusi

:

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)

Setiausaha

:

Ketua Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah

Ahli Jawatankuasa

:

  1. Semua Ketua Unit / Penyelia PPD
  2. Penolong Penyelia UPA, ICT
  3. Pegawai SISC+ / SIP+
  4. Pengerusi PKPSM / MGB
  5. Semua Pegawai PKG

Catatan:

Keahlian mengikut kesesuaian

Peranan dan Fungsi

:

Menyelaras program dan aktiviti pembestarian sekolah di peringkat daerah

Kekerapan Mesyuarat

:

minimum 4 kali setahun


Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Peringkat Sekolah

Pengerusi

:

Pengetua / Guru Besar

Setiausaha

:

Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT

Ahli Jawatankuasa

:

  1. Semua Ketua Bidang / Ketua Panitia Matapelajaran
  2. Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
  3. Guru Penyelaras Makmal Komputer
  4. Guru Penyelaras Pusat Akses
  5. Guru Admin VLE
  6. Juruteknik Komputer

Catatan:

Keahlian mengikut kesesuaian

Peranan dan Fungsi

:

Menyelaras program dan aktiviti pembestarian sekolah di peringkat sekolah

Kekerapan Mesyuarat

:

minimum 4 kali setahun

 

Pasukan Petugas (Task Force) VLE

Bagi mengoptimumkan pelaksanaan VLE, Pasukan Petugas (Task Force) VLE boleh diwujudkan. Objektif penubuhan Pasukan Petugas (Task Force) VLE adalah seperti berikut:

1. Memastikan VLE digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum bagi mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan

2. Memastikan laman dan kandungan pembelajaran dibina dan dimuatnaik dalam VLE bagi mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan

3. Memastikan guru dan murid kompeten dalam VLE

4. Memastikan pemantauan berterusan dilaksanakan

5. Memastikan Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan dasar-dasar KPM berkaitan VLE dalam PdP sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan


BIDANG TUGAS

Setiap agensi mempunyai fungsi dan peranannya yang tersendiri dan sekiranya aspek ini digembleng dan diselaraskan, pelaksanaan VLE akan menjadi lebih mantap dan memberikan pulangan yang maksimum dengan kadar segera.


Pejabat Pengurusan Projek (Project Management Office) ICT

Mengurus pelaksanaan kontrak 1BestariNet termasuk VLE


Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Menjalankan penyelidikan dan penilaian bagi penyelesaian isu-isu berkaitan pelaksanaan VLE


Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)

1. Memastikan kandungan dalam VLE selari dengan kurikulum mengikut standard dan sesuai diguna pakai di sekolah

2. Menyediakan bahan dan dokumen sokongan kurikulum untuk dimuat naik ke dalam VLE

3. Menjadi pakar rujuk dan panel validasi kandungan dan laman pembelajaran VLE


Bahagian Pendidikan Guru
 

1. Membangunkan kompetensi guru dalam perkhidmatan berkaitan penggunaan dan pengintegrasian VLE

2. Memastikan peruntukan latihan dalam perkhidmatan (LDP) mencukupi bagi pelaksanaan latihan VLE

 

Bahagian Teknologi Pendidikan

 

 Mengurus, menyelaras kandungan (content) bahan PdP yang sesuai serta memenuhi keperluan murid, dan memantau penggunaan VLE 

 

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

1. Mengurus setiakan Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat negeri

 

2. Mengurus pembangunan laman pembelajaran VLE

3. Memastikan kandungan VLE memenuhi keperluan murid

4. Menghasilkan bahan ‘micro-teaching’ berkaitan VLE di peringkat negeri

5. Memberikan pendedahan, taklimat dan latihan berkaitan VLE kepada pegawai JPN, JNJK Negeri, PPD dan SISC+ / SIP+

6. Memastikan PKG memberikan khidmat bantu / hand-holding VLE kepada guru di sekolah

7. Memantau pelaksanaan VLE di peringkat negeri melalui PKG

8. Membantu JPN menganalisis dan melapor keberkesanan pelaksanaan VLE yang telah dilaksanakan di peringkat negeri

9. Memaklum dan melaporkan kepada BTP mengenai keperluan teknikal VLE

 

Pusat Kegiatan Guru (PKG)

1. Mengurus setiakan Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat PKG

2. Membimbing guru dalam pembangunan laman pembelajaran VLE

3. Memastikan kandungan VLE memenuhi keperluan murid

4. Membantu BTPN dalam penghasilan bahan ‘micro-teaching’ berkaitan VLE

5. Membantu pihak sekolah melaksanakan program kesedaran penggunaan VLE

6. Berkerjasama dengan PPD, JNJK dan SIP+/SISC+ dalam meningkatkan penggunaan VLE

7. Memberikan khidmat bantu / hand-holding kepada Pentadbir dan guru di sekolah dalam pembinaan laman pembelajaran dan penggunaan VLE

8. Memantau penggunaan VLE dalam PdP di sekolah

9. Memaklum dan melaporkan kepada BTPN mengenai keperluan teknikal VLE berdasarkan laporan guru atau pemantauan

 

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKHAS)

1. Menyediakan data guru dan murid bagi tujuan penjanaan ID 1BN mengikut keperluan

2. Menjadi pakar rujuk dan panel validasi kandungan dan laman pembelajaran VLE

3. Memastikan VLE dimasukkan dalam program Sarana Ibubapa


Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian (BKK) dan Bahagian Sukan (BS)

  Memberi khidmat nasihat kepada guru terhadap penggunaan VLE bagi aktiviti ko-kurikulum dan sukan


Bahagian Buku Teks

1. Menyediakan buku teks digital untuk dimuat naik dalam VLE Memastikan buku teks digital dimasukkan dalam platform VLE

2. Memberi khidmat nasihat kepada guru terhadap penggunaan buku teks digital dalam VLE secara optimum

 

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

1. Melaksanakan penaziran penggunaan VLE

2. Menjadi pakar rujuk dan panel validasi kandungan dan laman pembelajaran VLE


Lembaga Peperiksaan (LP)
/ Majlis Peperiksaan

Memastikan soalan peperiksaan dan bahan sokongan berkaitan peperiksaan dimuat naik dalam VLE


Institusi Aminuddin Baki (IAB)

1. Melaksanakan program kesedaran dan latihan berkaitan dengan VLE disalurkan kepada pemimpin sekolah dengan memasukkan elemen VLE dalam modul latihan

2. Menjadi pakar rujuk dan panel validasi kandungan dan laman pembelajaran VLE

 

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Melaksanakan program kesedaran dan latihan berkaitan VLE kepada guru pra-perkhidmatan

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat negeri

2. Memastikan KPI VLE KPM tercapai

3. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pelaksanaan VLE di peringkat negeri

4. Memastikan semua guru menerima latihan VLE di peringkat negeri

5. Memantau pelaksanaan VLE di peringkat negeri

6. Memastikan semua PPD/PPW melaksanakan pemantauan VLE

7. Melaporkan keberkesanan program yang telah dilaksanakan kepada pihak yang berkepentingan

8. Memberikan pengiktirafan dan anugerah VLE peringkat negeri

 

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW)

1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat daerah

2. Memastikan KPI VLE di peringkat daerah tercapai

3. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pelaksanaan VLE di peringkat daerah

4. Memastikan semua guru menerima latihan penggunaan VLE di peringkat daerah

5. Memantau pelaksanaan VLE di peringkat daerah

6. Memastikan semua pentadbir melaksanakan pemantauan VLE di peringkat sekolahMelaporkan keberkesanan program yang telah dilaksanakan kepada jawatankuasa peringkat negeri

7. Memberikan pengiktirafan dan anugerah VLE di peringkat daerah

 

Pengetua / Guru Besar

1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat sekolah

2. Memastikan KPI VLE di peringkat sekolah tercapai

3. Menggunakan VLE dalam menyebarluaskan maklumat sekolah

4. Memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar.

5. Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE

6. Memastikan latihan dalaman VLE dilaksanakan di sekolah

7. Menggalakkan ibu bapa / penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE

8. Melibatkan agensi luar / komuniti / alumni termasuk PIBG dalam membudayakan penggunaan VLE di sekolah

9. Melaksanakan pemantauan dan pencerapan pengintegrasian VLE dalam PdP secara berterusan

Menganalisis dan melaporkan pelaksanaan VLE kepada PPD dan PKG

 

Ketua Bidang / Ketua Panitia

1. Membangun, mengemaskini dan memantau laman bidang / panitia (departmental site) di dashboard sekolah

2. Merancang pembinaan laman pembelajaran VLE bagi setiap matapelajaran

3. Membantu dalam memberikan latihan dan kemahiran / kepakaran berkaitan penggunaan VLE

4. Memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru berkaitan pengintegrasian VLE dalam PdP bagi mata pelajaran masing-masing

5. Melaksanakan pemantauan dan pencerapan pengintegrasian VLE dalam PdP secara berterusan

6. Membantu mempromosikan VLE dalam matapelajaran masing-masing

7. Menggalakkan penggunaan VLE dalam aktiviti ko-akademik


Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT

1. Mengurus setiakan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah / Pasukan Petugas (Task Force) VLE di peringkat sekolah

2. Memastikan pelaksanaan pelan tindakan untuk memantapkan penggunaan VLE

3. Memastikan kemudahan peralatan ICT berfungsi bagi tujuan pelaksanaan VLE

4. Menyediakan jadual penggunaan bilik komputer / makmal bagi tujuan pelaksanaan VLE

5. Mewujudkan jawatankuasa VLE dalam kalangan murid (Cth: Briged Bestari)

6. Mempromosikan penggunaan VLE kepada warga sekolah, ibu bapa dan komuniti

7. Bekerjasama dengan Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam meningkatkan koleksi sumber pendidikan digital yang boleh dimuatnaik dalam VLE

8. Menganalisis dan melaporkan pelaksanaan VLE kepada pengetua / guru besar

9. Melaporkan sebarang permasalahan berkaitan capaian Internet, kerosakan kemudahan ICT kepada Meja Bantuan 1BestariNet


Guru Pentadbir (Administrator) VLE

1. Membangun dan mengemaskini dashboard sekolah

2. Membuat edaran ID dan kata laluan kepada semua guru, murid dan ibu bapa

3. Memastikan semua ID bagi guru, murid dan ibu bapa diaktifkan

4. Mengemaskini data penggunaan VLE di sekolah

5. Menjadi pemudahcara / fasilitator kepada warga sekolah berkaitan penggunaan VLE

6. Memantau penggunaan VLE sekolah berdasarkan laporan analytics

7. Menyediakan laporan penggunaan VLE kepada Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dan pengetua / guru besar

8. Melaporkan sebarang permasalah / aduan kepada Meja Bantuan 1Bestarinet berkaitan keciciran ID guru, murid dan ibu bapa


Guru

1. Menghasilkan laman pembelajaran yang bersesuaian dengan kurikulum dan memenuhi keperluan murid

2. Melaksanakan pengintegrasian VLE dalam PdP dan direkodkan dalam Rekod Persediaan Mengajar

3. Memberi tugasan kepada murid melalui VLE

4. Membimbing rakan guru yang kurang mahir dalam pengintegrasian VLE dalam PdP

5. Melaporkan sebarang permasalahan berkaitan VLE kepada Guru Pentadbir (Administrator) VLE dan Meja Bantuan 1BestariNet

 

PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa komiten semua pihak dan kerjasama yang bersepadu di pelbagai peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dapat merealisasikan Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 khususnya dalam pelaksanaan projek 1BestariNet dan VLE.

 

Garis Panduan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) disediakan oleh:

Sektor Perancangan dan Penyelarasan Bestari

Bahagian Teknologi Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

September 2015

 

Hebahan KPM

Go to top